Tempang bukan sebarang tempang,
Tempang ini gagah berlari,
Lantang bukan sebarang lantang,
Lantang ini petah berperi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam ukhwah sesama ummat,
salam sejahtera menjunjung martabat insan sejagat.
Mohon permisi memulakan bicara.
Yang dihormati Puan Zainab Abu Bakar,pensyarah Dinamika Kemahiran,pensyarah berdedikasi, pencetus inspirasi. Seterusnya tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi, anak-anak berbudi, bercita-cita tinggi.
Kita tidak meminta untuk menjadi miskin,
Namun,pasti ada yang dapat mengubahnya,
Sama-samalah kita memikirkan pemangkin,
Mencari pangkal dan penghujungnya.
Sidang hadirin yang bijaksana,
Saya ingin membawa anda semua belayar bersama-sama saya pada hari ini, kita berenang mencari sebab mengapa kemiskinan berlaku di negara kita dan kita gali jalan penyelesaiannya. Izinkan saya bongkar faktor major yang pada pendapat saya merupakan pencetus utama mengapa terjadinya kemiskinan di negara kita. Iaitu, sikap malas berusaha. Buka mata anda, lihat di sekeliling anda. Ada satu situasi yang jelas dan nyata tapi sukar untuk kita nilai. Situasi apabila seseorang itu dilahirkan dalam sesebuah keluarga yang susah, maka, sehingga ke generasi anak cucu merekalah mereka susah. Patutkah perkara ini diturun-temurunkan ? Saya ibaratkan seperti kereta api Tanah Melayu yang dahulunya ditinggalkan Inggeris untuk kita. Tetapi, tidak ! Kereta api Tanah Melayu pun sudah berubah kini, menjadi komuter,LRT dan sebagainya. Kita manusia ! Adakah kita tidak boleh berubah ?Atau kita tidak mahu berubah ? Ini realiti ! Manusia sukar untuk berubah bukan tidak boleh berubah atau tidak mahu berubah. Maka, pada pendapat saya, untuk mencapai penamat fenomena 'miskin keturunan' ini, kita mesti bangun ! Tegakkan diri ! Kita ubah idealogi anak-anak kita tentang hakikat setiap sesuatu itu jika dicalitkan usaha, pasti akn membuahkan hasilnya. Keluarlah wahai manusia dari kepompong kemiskinan kerana sesungguhnya, sedarlah kita kefakiran itu akan membawa kita menghampiri kekafiran. Fikirkan.
Rakan-rakan yang dihormati,
Jika tadi saya katakan nasib memperjudikan kita di mana letaknya kita dalam sudut sosioekonomi kita. Tapi, kini izinkan saya bongkar penyebab kedua kemiskinan wujud tiba-tiba dalam kehidupan seseorang. Misteri tapi benar ! Hidup suka berjudi contohnya, kaya macam mana sekalipun, lesap juga duitnya. Malah mungkin, tabung syiling anak kecil pun kena bolot. Jika golongan bawahan aktif berjudi, golongan atasan pula sibuk merasuah sana sini. Ini merupakan satu lagi realiti hari ini. Jenayah judi dan rasuah sedikit demi sedikit memakan diri. Mengapa saya berkata demikian ? Kerana, kerana berjudi bukan sahaja haram. Satu dosa besar yang dijanjikan balasan setimpal di akhirat kelak, malah berjudi tidak sering menjanjiikan kemenangan. Judi nasib, judi duit, nasib terbang, duit melayang. Rasuah pula . Dapat habuan, keluarga aman. Andai terjerat, tangan diikat. Tertangkap dek jerat, pihak berkuasa yang berkhidmat. Maka, hanya satu idea yang tercetus di benak saya ketika ini, tebalkan iman dalam dada. Elakkan berjudi satu pahala.
Kita perangi rasuah hingga ke lubang cacing ! Kerap kali kita dengar slogan ini dilaungkan di mana-mana sahaja. Kadang-kadang bermusim. Sekejap dengar, sekejap senyap. Macam biskut chipsmore, sedap dimakan . Sekejap ada, sekejap tak ada. Sektor kerajaan dan juga swasta patut tegas dalam hal ini, kerana pada pendapat saya jika golongan atasan yang melakukannya, sudah golongan bawahan jadi pak turutnya. Hasilnya, jenayah ini akan semakin berleluasa. Selain itu, sikap telus pihak yang bertanggungjawab menyabitkan kesalahan sama rata ke atas setiap individu yang memberi rasuah dan menerima rasuah tanpa mengira status amatlah penting. Maka, tidak akan timbul soal 'tangkap lepas', 'pejam mata' dan sebagainya. Jelas, tidak dapat dinafikan lagi jenayah judi dan rasuah melenyapkan wang secara langsung dan tidak langsung. Apabila wang habis ditaruh, digunakan untuk membayar wang ikat jamin, wang berkurangan, kemiskinan nak jadi kawan.
Hadirin yang budiman,
Saya simpulkan hujah saya tadi dengan sebaris ayat yang sangat 'clishe'. Semua pihak seharusnya bekerjasama berganding bahu membasmi penyebab-penyebab kemiskinan di negara kita. Elakkan sikap malas berusaha merupakan tugas individu melatih diri menuju kejayaan. Peranan ibu bapa pula, mendidik anak-anak ke arah kebaikan tanpa menjadikan kesempitan hidup sebagai alasan anak-anak dibiarkan tidak berpendidikan. Sesungguhnya bak kata pujangga, melentur buluh biarlah dari rebungnya. InsyaAllah, buluh perindu hasilnya, lunak suara, baik pekertinya, idaman si teruna dan juga si dara. Yalah, ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi. Masyarakat pula sepatutnya bersama-sama menghulurkan bantuan sebagai perangsang kepada pihak yang memerlukan. Manakala pihak berkuasa pula harus mampu menjadi tonggak negara, tegas dalam mencegah rasuah sekali gus mengurangkan masalah kemiskinan di negara kita.
Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama menghindari kemiskinan kerana jika kita fikirkan kesinambungannya, gejala sosial sering berlaku antara faktor pemangkinnya adalah kesempitan hidup, kemiskinan ! Kita diskusi lagi pada lain hari.
Salam Satu Malaysia,
Wabillahitaufik walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Mohon permisi mengundurkan diri.
Wednesday, December 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
muqaddimah-mimpi dan anganan ...
aku ingin ketawa,
namun,tangisan muncul juara.
aku ingin bahagia,
namun,kesedihan pantas mengatasinya.
aku ingin bebas,
namun,tubuhku seakan dipenjara.
aku ingin dia,
namun,Allah yang menentukannya.
aku mahu lari,
tapi,kakiku diikat dan digari.
aku mahu berkata-kata,
tapi,lidahku kelu seribu bahasa.
aku mahu melihat,
tapi,mataku tertutup rapi.
aku mahu mendengar,
tapi,telingaku bernanah bisa.
apa mahuku mungkin hanya mimpi dan anganan sahaja,
yang mungkin juga tak dapat dirasa,
kesabaran dituntut malah diduga,
lebih pahit bila ujian bertimpa-timpa.
penantianku tetap bersisa,
harapanku perhiasan bakal tiba,
di pertengahan perjalanan hidup bukan di pengakhirannya,
namun,tangisan muncul juara.
aku ingin bahagia,
namun,kesedihan pantas mengatasinya.
aku ingin bebas,
namun,tubuhku seakan dipenjara.
aku ingin dia,
namun,Allah yang menentukannya.
aku mahu lari,
tapi,kakiku diikat dan digari.
aku mahu berkata-kata,
tapi,lidahku kelu seribu bahasa.
aku mahu melihat,
tapi,mataku tertutup rapi.
aku mahu mendengar,
tapi,telingaku bernanah bisa.
apa mahuku mungkin hanya mimpi dan anganan sahaja,
yang mungkin juga tak dapat dirasa,
kesabaran dituntut malah diduga,
lebih pahit bila ujian bertimpa-timpa.
penantianku tetap bersisa,
harapanku perhiasan bakal tiba,
di pertengahan perjalanan hidup bukan di pengakhirannya,
semoga Tuhan Yang Maha Kuasa memberi aku kesempatannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)